
Pada 3 April 2006, bertempat di padang utama UPSI, DYMM Pemangku Raja Perak, Rja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli berangkat ke UPSI bagi menyempurnakan Pelancaran Perasmian PALAPES UPSI. Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli Ghazali, Pro Canselor UPSI, Tan Sri Yahaya Ibrahim, Naib Canselornya. Datuk Dr Muhammad Rais Bin Abdul Karim selaku Komandan PALAPES serta para tetamu kehirmat Tentera iaitu Mej Jen Dato' Mokhtar Perman (PLTD), Brig Jen dATO' Hj Md Azman Hj Rosli (APPS), Brig Jen Abdul Rahim Hj Mohd Yusuff (Panglima 2 Bgd) dan kol Muhd Mukhtar Ibrahim (PPL)
​
Acara gilang gemilang lagi bersejarah ini dimulakan dengan Perbarisan oleh 2 kontinjen PALAPES. DYMM Pemangku Raja Perak telah berkenan untuk memeriksa Perbarisan dan seterusnya menandatangani Batu Asas Pelancaran penubuhan PALAPES di UPSI. Perbarisan ini diserikan lagi dengan penyertaan Pasukan Pancaragam dari Pusat Latihan Muszik Tentera Darat (PUZIDA).
​
Memeriahkan lagi acara ialah pertu njukkan Tempur Wira (SMD), seramai 70 Pegawai Kadet PALAPES telah menunjukkan aksi serta kehebatan dengan mendemonstrasi pemusnahan. Kehebatan pegawai kadet dilatih secara intensif oleh jurulatih yang berkaliber.